Thursday, March 1, 2012
Wednesday, January 25, 2012
Monday, May 30, 2011
Aku Tak Bodoh
Pagi tadi,aku tengok cerita 'Aku Tak Bodoh'.Di bawah ini,saya tulis ringkasan cerita tersebut...
~Aku Tak Bodoh~
Roy Bin Hisham,16 tahun,ialah anak sulung kepada pasangan suami isteri yang kaya.Malangnya,ibu bapanya sibuk mengejar harta dan kekayaan.Roy dan adiknya,Jefri,8 tahun,tidak diendahkan ibu bapa mereka.Roy yang pernah memenangi 'Best Blogger Award' tidak pernah dipuji oleh ibunya yang bekerja sebagai editor majalah.Sebaliknya,dia sering dimarahi oleh ibunya yang mengatakan sepatutnya bakatnya yang ada itu patut digunakan untuk menulis karangan.
Roy mempunyai seorang kawan baik yang dianggap sebagai keluarga yang bernama Sudin.Sudin seorang yang miskin dan tinggal bersama bapanya.Ibunya sudah lama meninggal.Bapa Sudin bekerja keras untuk anaknya.Bayar yuran tuisyen anaknya yang beratus-ratus ringgit dan bermacam-macam lagi.Bapa Sudin merupakan seorang pembuli sewaktu muda dahulu.Dia tidak mahu anaknya menjadi seperti dia sewaktu muda dahulu.Sudin juga mahir bersilat atau lebih tepat lagi,berlawan.
Jefri sibuk berlatih untuk drama pentas sekolahnya.Dia berlakon sebagai seekor lebah iaitu watak utama.Rakannya,Fatin pula berlakon sebagai seekor rama-rama.Jefri ingin bertanya kepada ibu bapanya;mahukah mereka hadir ke drama pentas sekolahnya itu.Tetapi,memandangkan ibu bapanya sering pulang lewat,dia tidak dapat bertanya.
Pada suatu hari,Jefri mencuri duit di kantin.Ibu bapanya dipanggil oleh guru besar untuk berbincang tentang hal tersebut.Sejurus ibu bapa Jefri pulang ke rumah,mereka terus memarahi Jefri tanpa usul periksa.Bapa Jefri mengambil rotan dan merotannya.Jefri diasak dengan soalan demi soalan oleh ibu bapanya.Duit itu digunakan untuk apa?Di mana semua duit tabungnya?Ke mana hilang robot-robotnya?Disebabkan sakit dirotan bapanya dan pening apabila diasak dengan soalan demi soalan,Jefri memberitahu bahawa sebenarnya dia mahu membeli seutas jam tangan untuk bapanya supaya mereka (ibu bapanya) dapat hadir ke drama pentas sekolahnya.Tetapi,duit tabungnya tidak mencukupi lalu dia menjual robot-robotnya.Tetapi,duitnya masih tidak mencukupi.Jadi,terpaksalah dia mencuri duit di kantin untuk mencukupkan duitnya yang sedia ada.
(Waktu itu,memang ramai orang akan menangis)
Pada masa yang sama,Roy dan Sudin sedang sibuk mencuri telefon bimbit.Mengapa?Sebelum Jefri muncul dengan masalah drama pentas sekolahnya itu,Roy dan Sudin dihukum oleh pengetua sekolah kerana Sudin sudah bergaduh dengan beberapa gangster di luar sekolah.Walaupun Roy hanya memerhati dia tetap dihukum.Roy dirotan sebanyak tiga kali manakala Sudin...
~DIBUANG SEKOLAH~
Memang mimpi ngeri...
Walaupun ibu bapa Roy tetap menghalang Roy dari berkawan dengan Sudin,Roy tetap bersahabat dengan Sudin kerana baginya,Sudinlah satu-satunya keluarganya.
Gangster yang telah bergaduh dengan Sudin apalagi mengambil kesempatan ini untuk mengambil Sudin dan Roy mengambil mereka sebagai ahli memandangkan Sudin mempunyai kemahiran berlawan manakala Roy kerana mempunyai banyak harta dan kekayaan.
Kemudian,insiden 'mencuri telefon bimbit' itu berlaku...

Wednesday, May 25, 2011
Kursus Kepimpinan 2011
Pada setiap tahun,sekolah saya mengadakan Kursus Kepimpinan untuk Pengawas Sekolah,Pengawas Pusat Sumber dan Ketua Kelas dari tahun 3 sehingga tahun 6.
Ianya diadakan pada tahun ini juga.Tetapi,kursus kali ini berlainan dari yang lain.Masanya juga lain.Caranya pun lain.Di bawah ini,saya tuliskan cerita berkenaan kursus kepimpinan itu.
Pada pagi itu,saya bangun awal (lebih kuranglah...)Ibu saya menghantar saya ke sekolah.Memendangkan kami tiba awal,kami pun menuju ke SPPK (Taman Segambut)

Sunday, May 1, 2011
Hari Keluarga PUNB 2011
Assalamualaikum w.b.t.
Semua rakyat Malaysia tahu bahawa tarikh 1 Mei ialah Hari Pekerja.Hari Pekerja itu apa?Hari Pekerja ialah cuti buat semua orang yang bekerja.
Walaupun Hari Pekerja untuk orang yang bekerja bercuti,saya termasuk pelajar-pelajar yang bersekolah turut bercuti.Mengapa?Kerana jika cikgu-cikgu bercuti dan kami pergi sekolah,apakah yang harus kami lakukan?
Agak tidak adil buat cikgu-cikgu,bukankah begitu?
1 Mei jatuh pada hari Ahad tetapi,di negeri yang saya tinggal ini,Kuala Lumpur memang bercuti pada hari Ahad.Hanya negeri Terengganu,Kelantan dan Kedah sahaja yang bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu.
Jadi,saya bersama penduduk-penduduk di negeri selain daripada penduduk negeri Terengganu,Kelantan dan Kedah,akan bercuti pada hari Sabtu,Ahad dan hari Isnin dan penduduk-penduduk di negeri Terengganu,Kelantan dan Kedah akan bercuti pada hari Jumaat,Sabtu dan Ahad.
Malaysia adalah negara Islam.Negara Islam bermakna rakyatnya majoriti beragama Islam.
Dalam Islam,hari Jumaat ialah penghulu segala hari dan hari kiamat (hari pengakhiran dunia).Kesimpulannya,hari Jumaat ialah hari paling penting bagi umat Islam.
Ustazah saya di SRA Masjid Wilayah,Ustazah Rohaiza pernah menceritakan sepatutnya seluruh negara Malaysia bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu dan bukannya terikut-ikut dengan budaya Barat.
Tetapi,bukan itu yang menjadi topik saya untuk entri kali ini.
Hari Keluarga itu diadakan pada 30 April 2011 hingga 2 Mei 2011 di hotel yang bernama Awana Kijal di Kemaman,Terengganu.
Tagline Hari Keluarga itu ialah...
¬KELUARGA PUNB KEMAH-KEMING SOKMO~
Pada pukul 10.00 pagi,saya dan keluarga saya bertolak ke hotel itu.Lebih kurang pukul 1.00 tengah hari atau 2.00 petang,kami sudah tiba di sana.Abah pergi ke kaunter untuk mendapatkan kunci bilik kami.Nombor bilik kami ialah 539.
Selepas itu,kami berehat di dalam bilik.Pada pukul 6.15 petang ,saya,adik saya,Ainul Mardhiah dan ummi (ibu saya) turun ke bawah dan pergi ke swimming pool (kolam renang).
Ummi kata,
"Mandi sehingga pukul 6.45 petang sahaja.Sambil-sambil mandi itu,perhatikan di tepi kolam renang jika ummi ada."
Tetapi kerana terlalu asyik mandi bersama Ainul dan kawan baru saya yang saya baru temui di situ,Husna,saya telah dimarahi oleh ummi sebaik saja saya pergi ke tepi kolam untuk melihat jakuzi (kolam air panas dan berbuih).
Ummi memberi amaran kepada saya jika saya berkelakuan seperti begeni lagi,ummi tidak akan...
¬PERCAYA KEPADA SAYA LAGI¬
Agak menakutkan,bukankah begitu?
Selepas itu,kami pun pulang ke bilik.Kemudian,kami (keluarga saya) segera bersiap untuk menghadiri Majlis Makan Malam Hari Keluarga yang akan diadakan di bawah.
Tema Hari Keluarga tersebut ialah:
¬A-N-E-K-A- B-A-T-I-K-¬
Mengapa tema batik?Kerana negeri Terengganu amat terkenal dengan batiknya.Ummi yang memang tinggal di Kuala Terengganu,Terengganu sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur dan kemudian berkahwin dengan Abah,amat pakar dengan hal batik-batik sebegini.
Ummi menyediakan kain batik jarang,skaf hitam dan tudung biasa untuk menutup kepala saya,baju kurung (baju sahaja tau) yang tahun lepas punya,dan kain batik ummi yang ummi sudah tidak pakai lagi.
Kadangkala,barang-barang yang sudah tidak digunakan lagi pun agak berguna untuk sesetengah keadaan seperti keadaan saya kali ini.
Majlis itu amat meriah.Kami,perempuan-perempuan,wanita-wanita yang terlebih dahulu memilih dan memilih makanan untuk dimakan.
Well,ladies first...
Kemudian,laki-laki tak kira tua ataupun muda pula yang mengambil makanan.
Majlis itu juga diserikan lagi dengan persembahan setiap staff yang mewakili negeri masing-masing.
Persembahan itu dipersembahkan oleh setiap negeri mengikut budaya masing-masing.
Contohnya:-
a)Pulau Pinang=>Boria
b)Kelantan=>Dikir Barat
c)Dan lain-lain
Ada juga sesetengah persembahan yang tidak mengikut budaya negeri mereka.
Contohnya,Perak.Mereka membuat persembahan yang berkaitan dengan filem komedi seram terbaru,'Hantu Kak Limah Balik Rumah'.Filem tersebut menggunakan loghat Perak.Disebabkan itulah,mereka membuat persembahan yang berkaitan dengan filem tersebut.
Pada keeseokan harinya,tepat-tepat pukul 5.30 pagi sewaktu kebanyakan manusia tidak bangun daripada tidur,saya dan keluarga senyap-senyap pergi ke tempat meletak kereta dan bergegas pulang ke kampung yang bernama Kampung Seberang Baroh yang terletak di Kuala Terengganu.
Kesimpulannya,kami ini seperti fly (ponteng) aktiviti sukan Hari Keluarga tersebut yang akan diadakan pada pagi itu.Hmm...Lawak juga keluarga saya ini...Haha!^_^Saya dan ummi merungut tidak dapat bercuti di kampung selama 2 atau 3 hari.Tetapi,apa mahu buat...Abah,kalau sekali dia buat keputusan,memang muktamad.That is that!Apa nak buat,redha jelah...
Apabila tiba di kampung,apalagi saya bermain dengan sepupu2 saya dengan sepuas hati saya.Kemudian,saya pergi ke rumah mak cik saya yang terletak di Kampung Gelugor yang tidak jauh dari Kampung Seberang Baroh.
Saya merasakan seperti sudah bercuti selama 1 minggu di kampung.Mungkin ini berkat 'keredhaan' kami (saya dan ummi) kepada Allah menyebabkan kami berasa amat berpuas hati bercuti di kampung walaupun hanya satu hari sahaja.Kebiasannya,saya dan ummi merasakan walaupun selama ini bercuti di kampung selama paling sedikit 2 hari,tetapi tiada satu pun yang memuaskan hati.
Pada waktu petang,kami pun pulan ke hotel.Kami berlagak selamba seperti tiada apa yang berlaku.Kami tidur pada malamnya dan pulang ke rumah pada keesokan harinya.
Walau apapun yang berlaku,saya merasakan inilah 'Hari Keluarga' yang paling seronok yang pernah saya hadiri.
Yang Ikhlas,
Aishah Nadhirah.

Adakah Mereka Itu Kembar?
Assalamualaikum w.b.t.
Pada kebiasaannya,topik entri-entri saya hanya berkisarkan tentang diri saya.Saya sakit itulah,saya sakit inilah,saya pergi situlah,saya pergi sinilah,saya dapat itulah,saya dapat inilah.
Mesti semua pembaca pun dah jemu asyik membaca pasal saya sahaja...Disebabkan itu,saya akan menceritakan tentang adik saya,Ainul Mardhiah dan rakan baiknya,Farihatun Nisa'.
Pada hari Jumaat yang lalu,29 April 2011,Ainul dan Farihatun,seperti biasa berkepit seperti belangkas.Farihatun sering menumpang kereta ummi(ibu saya) untuk balik ke rumahya.
Dan pada hari itu juga,Farihatun menumpang sekali lagi untuk balik ke rumahnya.Setiap hari Jumaat,ummi akan buat OT(over time/kerja lebih masa) kerana pada hari itu,tiada perkara yang perlu dilakukan.
Jadual Aktiviti Aishah (saya):
Isnin-Kelas Bimbingan di sekolah saya=8.00 malam
Selasa-Kelas Bimbingan di sekolah saya=8.00 malam
Rabu-Kelas Muzik Biola di Plaza Damas=6.30 petang
Khamis-Kelas Bimbingan di sekolah saya=8.00 malam
Jumaat-FREE
Sabtu-Kelas UCMAS (kelas sempoa)
Ahad-FREE
Berbalik kepada Ainul dan Farihatun,sambil mereka menunngu ummi tiba untuk membawa kami bali ke rumah,mereka mewarna sehelai kertas bergambar berharga RM0.30 yang Farihatun beli di kedai koperasi sekolah.
Seorang wanita,suaminya dan anak perempuannya hanya memerhatikan mereka.Mungkin kerana mereka terlalu gembira mewarna.
Beberapa lama kemudian,ummi pun tiba...Ainul dan Farihatun cepat-cepat mengambil beg mereka dan sambil mereka berjalan,mereka berbual sambil bergelak-ketawa.
Melihatkan mereka agak intim seperti kembar,wanita yang memerhatikan mereka tadi,pun bertanya kepada saya yang berjalan di hadapan Ainul dan Farihatun.
"Dik,adakah mereka itu kembar?"
"Tidak,makcik mereka hanya rakan baik sahaja."
Hai,sampai begitu sekali wanita itu berkata berkisarkan tentang adik saya dan rakan baiknya itu...
Urggghhh...Saya dah penat menaip,maka dengan itu,saya mengundur diri dahulu,ya.Bye-bye.

Thursday, April 28, 2011
Sakit...
Assalamualaikum w.b.t.
Hari ini,saya ingin menceritakan tentang peristiwa yang berlaku pada pagi tadi...
Malam semalam,saya makan nasi,kangkung dan 4 1/2 ekor ikan bakar cicah budu.Yum yum...Mak saya,Sharifah Nazilah Bt. Syed Abdullah yang masak...Hasil masakan ummi yang PALING SEDAP seantero dunia...
Ummi pesan,
"Akak,sudah-sudahlah makan itu...Ummi pun mahu makan juga..."
Tapi,ada saya ikut???
Of course not!!!
Saya pernah baca dekat satu sumber,ia berkata,
"Makan sebelum lapar,tapi kalau dah sedap,berhenti makan..."
Hah,dengar itu,semua pembaca sekalian,bila sudah sedap,berhenti makan...Mengapa???Kerana kita apabila merasakan makanan yang kita makan itu sedap,kita mulalah MAKAN TIDAK INGAT DUNIA...
Saya yang sudah mengisytiharkan masakan ummi paling sedap seantero dunia,mulalah makan tak ingat dunia...
Sebab tidak mengikut pesanan ummi,pagi ni,28 April 2011,pukul 6:29 pagi,saya bergegas ke tandas.Di dalam tandas,saya muntah,cirit-birit...
Aduh,pedihnya,keringnya tekak tak terkatalah...Aduhai,perasaan saya pada waktu itu hanya Tuhan yang tahu...Menyesal sungguh tidak mengikut pesanan ummi.
Disebabkan keadaan saya agak,agak apa ek?Entahlah...Tapi,memang tidak boleh pergi ke sekolah...Hai,sia-sia sungguh saya menyalin jadual pada malam sebelumnya.
Untuk menyenangkan saya, ummi membawa saya ke pejabatnya...sepanjang perjalanan ke pejabat saya asyik termuntah saje. Yelah,jika saya duduk berseorangan di rumah,siapa yang mahu jaga?Di rumah,tiada orang. Bukannya ummi tidak boleh jaga, tapi pada pagi tu ummi ada kerja yang terpaksa disiapkan....Lagi pun, terdapat sebuah klinik di bangunan tempat ummi bekerja. Disebelah petangnya, ummi cuti kerana menjaga saya.
Di pejabat ummi,saya duduk di atas permaidani kecil yang umi sudah hamparkan untuk saya.Saya mengambil 2 biji bantal yang tersedia di kerusi ummi dan tidak lama kemudian,saya tertidur dengan lenanya...
"Kroh,kroh..."
Sementara saya diulit mimpi, ummi telah pergi ke medan selera yang terletak di bangunan yang sama dengan tempatnya bekerja dan membelikan makanan untuk sarapan saya. Nasi goreng lauk ayam untuk saya. Tapi, selera saya langsung tiada,tapi ummi paksa jugak saya makan untuk mengelakkan perut kosong. Selepas itu ummi bawa saya jumpa doktor, doktor banyak nasihatkan saya agar jangan makan makanan yang berminyak dan banyakkan minum air kosong.......
Alhamdulillah, sebelah petangnya saya sudah ok.....
Ini sahaja entri saya untuk hari ini.
Bye...
Moral: Ikutilah nasihat orang yang lebih tua daripada kita.
Pantun 2 kerat:
Jika tidak ikut nasihat orang yang lebih tua daripada kita,
Mungkin bala akan berlaku kepada kita.

Wednesday, April 27, 2011
PBAKL 2011
Assalamualaikum w.b.t.
Untuk entri kali ini,saya akan menceritakan tentang PBAKL 2011.
Hah,pembaca semua tahu tidak apa itu PBAKL 2011?PBAKL 2011 bermaksud Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011.Pesta buku ini berlangsung pada setiap tahun.Pada tahun ini,ia berlangsung pada 22 April hingga 1 Mei bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC).Terdapat ramai orang yang berkunjung ke pesta buku itu.Suasana di sana SANGAT meriah!
I guarantee you!!!
Di sana,terdapat BANYAK buku...
Syarikat penerbitan buku no.1 satu di Malaysia,PTS juga turut ada.Syarikat penerbitan buku yang tidak kurang hebatnya juga ada.
Contohnya:-
a.Karna Dya
b.Must Read Sdn. Bhd.
c.Jemari Seni
d.Ana Muslim Distributors Sdn. Bhd.
e.Prima
f.Karangkraf
g.Galeri Ilmu
h.Telaga Biru
i.dan lain-lain
Di situ,terdapat berbagai-bagai novel dengan berlainan genre.Genre ialah jenis buku.Sama ada ia romantik,seram,sedih,komedi dan lain-lain.
Di sana,bapa saya mdembelikan buku yang berbagai-bagai genre untuk saya.
Bukan novel sahaja yang ada di sana,majalah,kamus dan lain-lain juga ada.Booth novel-novel kebanyakannya di tingkat bawah.Di tingkat atas,kebanyakannya,kamus,buku cerita Bahasa Inggeris,majalah,buku perniagaan dan lain-lain.
Yang istimewanya di sana,kita dapat berjumpa dengan sesetengah penulis buku.
Penulis buku yang saya temui:-
a.Ain Maisarah(penulis novel remaja PALING TOP di Syarikat PTS.
b.Izanor Sharif(pernah bekerjasama bersama Ain Maisarah menulis buku Aku Mahu Super Bibik)
c.Farihah Iskandar(penulis siri buku Dear Yayah)
d.Noor Suraya(penulis buku Langsir Biji Remia)
e.Abdul Latip Talib(penulis novel sejarah no.1 Syarikat PTS)
Mesti semua pembaca sudah letih mendengar celoteh saya yang panjang kalah bebelan ibu-ibu,bapa'-bapa',siapa yang punya anak,bilang aku,heheh...Ternyanyi lagu Cari Jodoh oleh Wali Band pula...Kerana kalian juga sudah penat dan saya juga sudah penat menaip...
MAKA,DENGAN ITU SAYA MEMBUAT KPUTUSAN UNTUK MENGUNDUR DIRI DAN SEMOGA KITA BERJUMPA DI ENTRI YANG SETERUSNYA.
(Bukan mengundur diri sehingga tidak jumpa lagi...)
Tata...
Pantun yang dikarang oleh saya:
Ali suka makan budu,
Budu yang dibuat oleh emaknya,
Saya mengundur diri dahulu,
Moga bejumpa di enti yang lain pula.

Monday, October 5, 2009
Trip to Chiangmai, Thailand
Took a flight to KLIA by MAS and stayed at TuneHotel LCCT before departing to Chiangmai at 10am on Friday morning, raya ke-6. Upon arrival at the Chiangmai International Airport, we booked a chartered taxi for two days at the cost of 1800 baht.
Sepanjang di sana, kami sekeluarga melawati beberapa tempat menarik seperti tempat pembuatan payung, pembuatan kain daripada sutera juga tidak melepaskan peluang ke Long Neck Cultural Village dan Chiangmai Zoo.
Eventhough, it was a short stay at Chiangmai but we had a good time there. Thinking of visiting another time during fruit season - Longan/Lychees.

Monday, September 21, 2009
Trip to Jakarta - Cancelled
nasib baik abah belum tempah bilik hotel ... rugi RM350.00 tiket penerbangan pergi-balik untuk 4 orang.
Takutlah H1N1. Belum reda lagi.
Takutlah H1N1. Belum reda lagi.
Eidul Fitr' 2009 @ Terengganu
... fuyoh direct 7 hari beraya di Terengganu ... seronoknyer ... tapi tak dapat beraya di Selama, Perak dan Sg. Petani ... yang pasti Raya Haji 2009 dapatlah jumpa ngan nadia & wahyudi, Insha-Allah.
Tahun 2010, Eidul Fitr' kat Perak ngan Kedah manakala Raya Haji 2010 di Terengganu.
Pada nadia & wahyudi sekeluarga, Maaf Zahir dan Batin.

Sunday, August 16, 2009
No Planning
... tup...tup...minggu nie balik kampung...dan sampai ke Sungai Petani rumah Mak Ndak...kelakar betul. Hari Sabtu jam 11pagi bertolak dari KL ke Sungai Petani.
Tuesday, August 11, 2009
TuneHotel @ Legian, Bali
... ha ha ha ... ingat kan abah buat apa lewat malam semalam ... rupa2 nya tengah dok tunggu saat 10 Ogos. Booking hotel kat Bali, 27 - 29 Mac 2010, 3H2M kosnya RM30. abah nie dah kemarok ko. Abah kata booked dulu ... kalu tak jadi cancel ajea ... nak rugi apa murah sangat. Seperti biasa , swimming pool kat rumah dah ala-Bali. Bajet giler - selalu pegi jalan-jalan - confirm hotel tak de swimming pool. Harap-harap menjadi lah tahun depan , virus H1N1 dah reda kot.
Pertukaran Tali Pinggang - Karate Do
Pejam-celik pejam celik ... tukar tali pinggang lagi ... dari biru ke purple. 9 Ogos 2009 @ 9.00am. Persembahan in group kat SK Taman Sri Gombak.
Wednesday, August 5, 2009
Trip to Jakarta
Tiket dah lama tempah ... takut pulak dengar banyak cerita kes H1N1. tak reda-reda lagi ke. Berpuasa di perantauan. Nak merasa mcm mana agaknya puasa kat sana. Terutamanya sewaktu nak berbuka puasa. Patutkah kami ke sana ? 29, 30, 31 Ogos.
Trip to Kuching
Keseronokan kembali semula ... AirAsia here we come ... fly to Kuching on 18 Julai 2009. Cuma 3h2m di TuneHotel Waterfront Kuching. Ole-ole yang dibawa balik - kek lapis warna-warni menarik sekali - Dayang Salhah ... murah ajea RM10 , yang swiss roll - RM15. Pekena laksa sarawak - best. Naik bot menyeberangi sungai dari Waterfront ke PetraJaya - jalan sekejap dah sampai kilang kek lapis Dayang Salhah. Income sehari beribu-ribu. Ramai sungguh pelancong termasuk kami. Kat luar tu ada jual air mata kuching - sedap. Hari berikut nya batuk-batuk. Panas terik pekena air sejuk mana tak batuk.
Balik KL pada 20 Julai 2009. Takut - H1N1 tapi abah ajak jalan jugak.

Tuesday, July 7, 2009
Hafazan - Al Insan
Seperti hari-hari yang lalu, selepas Maghrib, aku hafal satu ayat dari Surah Al-Insan. Bukannya mudah untuk mengingati ayat-ayat Al-Quran. Maklumlah dari pagi sehingga ke petang berada di sekolah akademik dan agama. Masa yang sedikit di rumah digunakan untuk membuat kerja sekolah dan cuma 30minit untuk ulangkaji ... sedihkan hanya 10minit lebih kurang diperuntukkan bagi hafazan.
Hari ini ibubapa sibuk memastikan anak-anak tidak ketinggalan dalam pelajaran akademik. Lebih parah lagi banyak matapelajaran diajar di dalam Bahasa Inggeris. Bagi ibubapa yang tidak dapat mendidik anak masing-masing, tempat tuisyen lah menjadi sasaran mereka. Kerna terpaksa.

Competition - Karate Do
Hari ahad yang lepas aku ke Stadium Bukit Jalil, ada pertandingan karate-do seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ini merupakan kali pertama aku menyertai pertandingan tersebut. Tak dapat bayangkan bagaimana rupanya. Aku cuma diarahkan oleh jurulatih untuk menghadirkan diri. Pertandingan tersebut diadakan di Gimnasium 2. Ramainya orang termasuk ibubapa. Kami dikelaskan mengikut umur. Hati ku berdebar-debar, jurulatih ku tak pernah mengajar kami teknik-teknik dalam pertandingan.
Sampailah saat aku bertanding, parahnya lagi aku peserta pertama, alamak aku tak tahu bagaimana nak bermula dan apa yang harus aku buat. Aku hentam kromo. Sekiranya aku peserta ke-5 atau ke-6 dapatlah juga aku tengok bagaimana nak mulakannya dan cuba memenanginya. Aku dapat saguhati sahaja. Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Saturday, July 4, 2009
Mental Arithmetik @ SK Bukit Damansara
fuyoh ... dapat juga merasa masuk ke SK Bukit Damansara. Selalu Teacher Syaza buat kat SK Sri Hartamas tapi kali ni kat SKBD. Jenuh abah mencari ... last-last jumpa juga. Sekolah ni ... Terbaik Dlm Keputusan UPSR 2008. Aku tengok kat papan kenyataan ... pecah rekod beberapa kali SK terbaik WP KL dan Peringkat Kebangsaan. Tahun 2008 seramai 80 pelajar dapat 5A. Tahun 2009 SKBD target seramai 107 pelajar dapat 5A. SK kat mana-mana pun sama, kita mesti rajin belajar, berusaha dan sering ulangkaji sendirian, kawan-kawan serta bertanya pada guru. Guru juga berperanan memberi nilai tambah sewaktu mendidik pelajar-pelajarnya. Disamping cemerlang dalam akademik, seseorang pelajar juga perlu pelbagaikan kemahiran lain terutamanya melibatkan diri dalam aktiviti luar kelas.
The Tranung Kid @ Adam
... ummi yu dan ayah li dari teganu sampai awal pagi Jumaat ... aku dan ainul masih lagi diulik mimpi. Ayah li anta aku ke sekolah - frust aishah tak de ... ainul suka sangat ngan adam. Main naik basikal ... sekejap bebenor adam kat K.L ... dah nak balik ... lebih kurang jam 9.30mlm Sabtu. Bye-bye Adam.
Subscribe to:
Posts (Atom)