Wednesday, April 27, 2011

PBAKL 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Untuk entri kali ini,saya akan menceritakan tentang PBAKL 2011.


Hah,pembaca semua tahu tidak apa itu PBAKL 2011?PBAKL 2011 bermaksud Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011.Pesta buku ini berlangsung pada setiap tahun.Pada tahun ini,ia berlangsung pada 22 April hingga 1 Mei bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC).Terdapat ramai orang yang berkunjung ke pesta buku itu.Suasana di sana SANGAT meriah!

I guarantee you!!!

Di sana,terdapat BANYAK buku...

Syarikat penerbitan buku no.1 satu di Malaysia,PTS juga turut ada.Syarikat penerbitan buku yang tidak kurang hebatnya juga ada.

Contohnya:-

a.Karna Dya
b.Must Read Sdn. Bhd.
c.Jemari Seni
d.Ana Muslim Distributors Sdn. Bhd.
e.Prima
f.Karangkraf
g.Galeri Ilmu
h.Telaga Biru
i.dan lain-lain

Di situ,terdapat berbagai-bagai novel dengan berlainan genre.Genre ialah jenis buku.Sama ada ia romantik,seram,sedih,komedi dan lain-lain.

Di sana,bapa saya mdembelikan buku yang berbagai-bagai genre untuk saya.

Bukan novel sahaja yang ada di sana,majalah,kamus dan lain-lain juga ada.Booth novel-novel kebanyakannya di tingkat bawah.Di tingkat atas,kebanyakannya,kamus,buku cerita Bahasa Inggeris,majalah,buku perniagaan dan lain-lain.

Yang istimewanya di sana,kita dapat berjumpa dengan sesetengah penulis buku.

Penulis buku yang saya temui:-

a.Ain Maisarah(penulis novel remaja PALING TOP di Syarikat PTS.
b.Izanor Sharif(pernah bekerjasama bersama Ain Maisarah menulis buku Aku Mahu Super Bibik)
c.Farihah Iskandar(penulis siri buku Dear Yayah)
d.Noor Suraya(penulis buku Langsir Biji Remia)
e.Abdul Latip Talib(penulis novel sejarah no.1 Syarikat PTS)

Mesti semua pembaca sudah letih mendengar celoteh saya yang panjang kalah bebelan ibu-ibu,bapa'-bapa',siapa yang punya anak,bilang aku,heheh...Ternyanyi lagu Cari Jodoh oleh Wali Band pula...Kerana kalian juga sudah penat dan saya juga sudah penat menaip...

MAKA,DENGAN ITU SAYA MEMBUAT KPUTUSAN UNTUK MENGUNDUR DIRI DAN SEMOGA KITA BERJUMPA DI ENTRI YANG SETERUSNYA.

(Bukan mengundur diri sehingga tidak jumpa lagi...)

Tata...

Pantun yang dikarang oleh saya:

Ali suka makan budu,
Budu yang dibuat oleh emaknya,
Saya mengundur diri dahulu,
Moga bejumpa di enti yang lain pula.

Yang Ikhlas,
Aishah Nadhirah.

No comments: