Sunday, May 1, 2011

Adakah Mereka Itu Kembar?

Assalamualaikum w.b.t.

Pada kebiasaannya,topik entri-entri saya hanya berkisarkan tentang diri saya.Saya sakit itulah,saya sakit inilah,saya pergi situlah,saya pergi sinilah,saya dapat itulah,saya dapat inilah.

Mesti semua pembaca pun dah jemu asyik membaca pasal saya sahaja...Disebabkan itu,saya akan menceritakan tentang adik saya,Ainul Mardhiah dan rakan baiknya,Farihatun Nisa'.

Pada hari Jumaat yang lalu,29 April 2011,Ainul dan Farihatun,seperti biasa berkepit seperti belangkas.Farihatun sering menumpang kereta ummi(ibu saya) untuk balik ke rumahya.

Dan pada hari itu juga,Farihatun menumpang sekali lagi untuk balik ke rumahnya.Setiap hari Jumaat,ummi akan buat OT(over time/kerja lebih masa) kerana pada hari itu,tiada perkara yang perlu dilakukan.

Jadual Aktiviti Aishah (saya):

Isnin-Kelas Bimbingan di sekolah saya=8.00 malam
Selasa-Kelas Bimbingan di sekolah saya=8.00 malam
Rabu-Kelas Muzik Biola di Plaza Damas=6.30 petang
Khamis-Kelas Bimbingan di sekolah saya=8.00 malam
Jumaat-FREE
Sabtu-Kelas UCMAS (kelas sempoa)
Ahad-FREE

Berbalik kepada Ainul dan Farihatun,sambil mereka menunngu ummi tiba untuk membawa kami bali ke rumah,mereka mewarna sehelai kertas bergambar berharga RM0.30 yang Farihatun beli di kedai koperasi sekolah.

Seorang wanita,suaminya dan anak perempuannya hanya memerhatikan mereka.Mungkin kerana mereka terlalu gembira mewarna.

Beberapa lama kemudian,ummi pun tiba...Ainul dan Farihatun cepat-cepat mengambil beg mereka dan sambil mereka berjalan,mereka berbual sambil bergelak-ketawa.

Melihatkan mereka agak intim seperti kembar,wanita yang memerhatikan mereka tadi,pun bertanya kepada saya yang berjalan di hadapan Ainul dan Farihatun.

"Dik,adakah mereka itu kembar?"

"Tidak,makcik mereka hanya rakan baik sahaja."

Hai,sampai begitu sekali wanita itu berkata berkisarkan tentang adik saya dan rakan baiknya itu...

Urggghhh...Saya dah penat menaip,maka dengan itu,saya mengundur diri dahulu,ya.Bye-bye.

No comments: