Tuesday, July 7, 2009

Competition - Karate Do

Hari ahad yang lepas aku ke Stadium Bukit Jalil, ada pertandingan karate-do seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ini merupakan kali pertama aku menyertai pertandingan tersebut. Tak dapat bayangkan bagaimana rupanya. Aku cuma diarahkan oleh jurulatih untuk menghadirkan diri. Pertandingan tersebut diadakan di Gimnasium 2. Ramainya orang termasuk ibubapa. Kami dikelaskan mengikut umur. Hati ku berdebar-debar, jurulatih ku tak pernah mengajar kami teknik-teknik dalam pertandingan.

Sampailah saat aku bertanding, parahnya lagi aku peserta pertama, alamak aku tak tahu bagaimana nak bermula dan apa yang harus aku buat. Aku hentam kromo. Sekiranya aku peserta ke-5 atau ke-6 dapatlah juga aku tengok bagaimana nak mulakannya dan cuba memenanginya. Aku dapat saguhati sahaja. Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.

No comments: