Tuesday, July 7, 2009

Hafazan - Al Insan

Seperti hari-hari yang lalu, selepas Maghrib, aku hafal satu ayat dari Surah Al-Insan. Bukannya mudah untuk mengingati ayat-ayat Al-Quran. Maklumlah dari pagi sehingga ke petang berada di sekolah akademik dan agama. Masa yang sedikit di rumah digunakan untuk membuat kerja sekolah dan cuma 30minit untuk ulangkaji ... sedihkan hanya 10minit lebih kurang diperuntukkan bagi hafazan.

Hari ini ibubapa sibuk memastikan anak-anak tidak ketinggalan dalam pelajaran akademik. Lebih parah lagi banyak matapelajaran diajar di dalam Bahasa Inggeris. Bagi ibubapa yang tidak dapat mendidik anak masing-masing, tempat tuisyen lah menjadi sasaran mereka. Kerna terpaksa.

No comments: