Saturday, July 4, 2009

Mental Arithmetik @ SK Bukit Damansara

fuyoh ... dapat juga merasa masuk ke SK Bukit Damansara. Selalu Teacher Syaza buat kat SK Sri Hartamas tapi kali ni kat SKBD. Jenuh abah mencari ... last-last jumpa juga. Sekolah ni ... Terbaik Dlm Keputusan UPSR 2008. Aku tengok kat papan kenyataan ... pecah rekod beberapa kali SK terbaik WP KL dan Peringkat Kebangsaan. Tahun 2008 seramai 80 pelajar dapat 5A. Tahun 2009 SKBD target seramai 107 pelajar dapat 5A. SK kat mana-mana pun sama, kita mesti rajin belajar, berusaha dan sering ulangkaji sendirian, kawan-kawan serta bertanya pada guru. Guru juga berperanan memberi nilai tambah sewaktu mendidik pelajar-pelajarnya. Disamping cemerlang dalam akademik, seseorang pelajar juga perlu pelbagaikan kemahiran lain terutamanya melibatkan diri dalam aktiviti luar kelas.

No comments: