Wednesday, June 17, 2009

Melawat Kota Kinabalu

Pada penggal cuti yang lalu, 11 Jun - 15 Jun 2009, kami sekeluarga ke Kota Kinabalu. Seperti kebiasaan, kami menaiki AirAsia dan menginap di TuneHotel Kota Kinabalu, budget hotel, di 1Borneo, shopping complex yang terbaru di sana dengan kadar sewaan RM70.00 untuk 5H4M. Tak percayakan. Abah telah menempah waktu promosi tahun lepas - swimming pool tak penting. Kalau mengikut kiraan semalam di Le Meridien, 5H4M boleh mencapai RM1,200.00. "Peruntukan sebanyak itu lebih baik digunakan untuk ke destinasi seterusnya iaitu Kuching, Sarawak dan Jakarta, Indonesia", kata abah.

Pada hemat saya, menginap di TuneHotel sudah memadai - sekadar tidur sahaja. Awal pagi, kami ke bandar KK dengan menaiki "Free Shuttle Bus" dari North Atrium, 1Borneo ke Warisan Square bersebelahan dengan Hotel Le Meridien. Jimatkan, kos pengangkutan antara 1Borneo ke Bandar KK percuma.

Beberapa tempat yang kami lawati seperti Pasar Filipina (Pasar Kraftangan), Pasar Minggu Gaya, Jesselton Point, dan beberapa lokasi sepanjang Jalan Tun Fuad Stephens. Selepas puas bersiar-siar, balik ke hotel dalam jam 7.00malam - mandi kemudian makan serta tengok wayang di GSC 1 Borneo jam 9malam, Hannah Montana The Movie.

Pada hari Sabtu, kami menaiki Express Bus ke Menumbuk, tempoh perjalanan lebih kurang 2jam 15minit. Kemudian, menaiki speed boat ke Labuan, 15-20minit. Dalam jam 1pm, kami bertolak ke KK dengan menaiki bot sebab sudah kepenatan.

bla..bla...bla

15 Jun 2009, flight malam bertolak dari KK ke Kuala Lumpur.

No comments: