Tuesday, June 23, 2009

PKSR 1, 2009

..hhhmmmm selepas balik bercuti selama 2 minggu, aku berasa berdebar-debar menantikan keputusan peperiksaan. Selepas menerima beberapa kertas peperiksaan, aku tak yakin dapat mengekalkan prestasi tahun lalu. Ada kertas 88%, yang lain 95%. Apa nak buat aku telah bersungguh-sungguh mengulangkaji seminggu sebelum peperiksaan disertai dengan berserah pada Allah. Kali ini persaingan sungguh hebat. Ramai rakan-rakan aku yang mendapat markah 100%. Peluang untuk mendapat tempat pertama mungkin tipis. Abah menjanjikan hadiah yang teristimewa sekiranya aku dapat kekalkan kedudukan dalam kelas seperti PKSR 2, 2008.

... menunggu keputusan sepenuhnya dan kad laporan.

No comments: