Monday, May 11, 2009

Lawatan ke Singapura

3hari 2malam di Singapura sangat menyeronokkan. Selama 2 hari berturut-turut ke Sentosa Island, suatu tempat yang menarik untuk dilawati terutamanya kanak-kanak seperti saya. Hari yang pertama menaiki monorail dari Vivo City kemudian hari kedua pulak menaiki cable car. Pemandangan dari atas cable car menuju ke Sentosa Island sungguh menakjubkan ... terdapat pembinaan yang giat dijalankan. Pada waktu malam, kami menonton "Songs of the Sea".

Setiba sahaja di Singapura, kami mendapatkan "Singapore Tourist Pass" yang bernilai SGD8 sehari bagi setiap seorang. Dengan pass tersebut, kami dapat menaiki bas dan MRT tanpa had. Bila ada kelapangan nanti, saya akan minta abah uploadkan gambar-gambar sewaktu di sana. Gambar ke Bandung tempohari pun belum diuploadkan lagi. Belum dipindah dari kamera ke notebook abah.

Thanks to AirAsia dan JetStar penerbangan tambang murah. Tempat penginapan pun 3-star hotel ok lah ... tempat tidur ajea ... playground dan swimming pool tak penting. Bulan hadapan Insha-Allah, kami sekeluarga akan ke Kota Kinabalu lama sikit 5hari 4malam. Seperti biasa AirAsia dan kali ni hotel nya Tune Hotel 1-Borneo.

No comments: