Sunday, April 19, 2009

Pesta Buku Antarabangsa KL 2009

Pesta buku bermula pada hari Jumaat 17 April 2009 dan akan berakhir pada 26 April 2009. Pada hari Sabtu, kami sekeluarga ke Pesta Buku KL, seronok bukan kepalang. Ramai sungguh orang di sana. Susah nak jalan. Round punya round ... dah dekat Zohor. Kami berada di situ sejak awal pagi jam 9.30. Antara booth yang menarik perhatian Nadhirah seperti berikut Ana Muslim, Asuh, Aulad, Darul Fikir, Al Tasneem, PTS semestinya. Banyak juga buku yang abah beli antaranya :- Pindah Rumah, Buli, Juara Kampung Badak Berendam, Sesuci Kasih Ibu, Pengemis Itu Ibuku, dll. Insha-Allah akan ke sana semula minggu depan.

No comments: