Friday, April 17, 2009

Labour Day

Hari Pekerja jatuh pada 1 Mei setiap tahun. Tahun ini pada hari Jumaat, ini bermakna 3 hari bercuti. Abah dah beli tiket kapal terbang ke Singapura dengan menaiki AirAsia dan kembali dengan menaiki pesawat JetStar (http://www.jetstar.com). Tambang keseluruhannya hanya RM480.00. Menurut abah saya, kos perjalanan lebih mahal jika kami menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Singapura iaitu RM120 seorang, tambang yang mahal serta perjalanan yang akan memakan masa sangat tidak berbaloi.

Pada hari yang sama, syarikat abah saya juga mengadakan Hari Keluarga di Pulau Pinang. Malangnya kami tidak dapat meraikannya kerana telah menempah terlebih awal ke Singapura.

Saya berasa sangat teruja untuk melawati negara jiran tersebut. Kami akan menginap di hotel 3-bintang sahaja. Dan tidak bercadang untuk membeli-belah kerana telah melakukan sedemikian semasa di Bandung, Indonesia.

Insha-Allah, jika tidak ada aral melintang.

No comments: