Monday, May 30, 2011

Aku Tak Bodoh

Pagi tadi,aku tengok cerita 'Aku Tak Bodoh'.Di bawah ini,saya tulis ringkasan cerita tersebut...

~Aku Tak Bodoh~

Roy Bin Hisham,16 tahun,ialah anak sulung kepada pasangan suami isteri yang kaya.Malangnya,ibu bapanya sibuk mengejar harta dan kekayaan.Roy dan adiknya,Jefri,8 tahun,tidak diendahkan ibu bapa mereka.Roy yang pernah memenangi 'Best Blogger Award' tidak pernah dipuji oleh ibunya yang bekerja sebagai editor majalah.Sebaliknya,dia sering dimarahi oleh ibunya yang mengatakan sepatutnya bakatnya yang ada itu patut digunakan untuk menulis karangan.

Roy mempunyai seorang kawan baik yang dianggap sebagai keluarga yang bernama Sudin.Sudin seorang yang miskin dan tinggal bersama bapanya.Ibunya sudah lama meninggal.Bapa Sudin bekerja keras untuk anaknya.Bayar yuran tuisyen anaknya yang beratus-ratus ringgit dan bermacam-macam lagi.Bapa Sudin merupakan seorang pembuli sewaktu muda dahulu.Dia tidak mahu anaknya menjadi seperti dia sewaktu muda dahulu.Sudin juga mahir bersilat atau lebih tepat lagi,berlawan.

Jefri sibuk berlatih untuk drama pentas sekolahnya.Dia berlakon sebagai seekor lebah iaitu watak utama.Rakannya,Fatin pula berlakon sebagai seekor rama-rama.Jefri ingin bertanya kepada ibu bapanya;mahukah mereka hadir ke drama pentas sekolahnya itu.Tetapi,memandangkan ibu bapanya sering pulang lewat,dia tidak dapat bertanya.

Pada suatu hari,Jefri mencuri duit di kantin.Ibu bapanya dipanggil oleh guru besar untuk berbincang tentang hal tersebut.Sejurus ibu bapa Jefri pulang ke rumah,mereka terus memarahi Jefri tanpa usul periksa.Bapa Jefri mengambil rotan dan merotannya.Jefri diasak dengan soalan demi soalan oleh ibu bapanya.Duit itu digunakan untuk apa?Di mana semua duit tabungnya?Ke mana hilang robot-robotnya?Disebabkan sakit dirotan bapanya dan pening apabila diasak dengan soalan demi soalan,Jefri memberitahu bahawa sebenarnya dia mahu membeli seutas jam tangan untuk bapanya supaya mereka (ibu bapanya) dapat hadir ke drama pentas sekolahnya.Tetapi,duit tabungnya tidak mencukupi lalu dia menjual robot-robotnya.Tetapi,duitnya masih tidak mencukupi.Jadi,terpaksalah dia mencuri duit di kantin untuk mencukupkan duitnya yang sedia ada.

(Waktu itu,memang ramai orang akan menangis)

Pada masa yang sama,Roy dan Sudin sedang sibuk mencuri telefon bimbit.Mengapa?Sebelum Jefri muncul dengan masalah drama pentas sekolahnya itu,Roy dan Sudin dihukum oleh pengetua sekolah kerana Sudin sudah bergaduh dengan beberapa gangster di luar sekolah.Walaupun Roy hanya memerhati dia tetap dihukum.Roy dirotan sebanyak tiga kali manakala Sudin...

~DIBUANG SEKOLAH~

Memang mimpi ngeri...

Walaupun ibu bapa Roy tetap menghalang Roy dari berkawan dengan Sudin,Roy tetap bersahabat dengan Sudin kerana baginya,Sudinlah satu-satunya keluarganya.


Gangster yang telah bergaduh dengan Sudin apalagi mengambil kesempatan ini untuk mengambil Sudin dan Roy mengambil mereka sebagai ahli memandangkan Sudin mempunyai kemahiran berlawan manakala Roy kerana mempunyai banyak harta dan kekayaan.

Kemudian,insiden 'mencuri telefon bimbit' itu berlaku...

1 comment:

Imyn said...
This comment has been removed by the author.