Sunday, May 1, 2011

Hari Keluarga PUNB 2011

Assalamualaikum w.b.t.

Semua rakyat Malaysia tahu bahawa tarikh 1 Mei ialah Hari Pekerja.Hari Pekerja itu apa?Hari Pekerja ialah cuti buat semua orang yang bekerja.

Walaupun Hari Pekerja untuk orang yang bekerja bercuti,saya termasuk pelajar-pelajar yang bersekolah turut bercuti.Mengapa?Kerana jika cikgu-cikgu bercuti dan kami pergi sekolah,apakah yang harus kami lakukan?

Agak tidak adil buat cikgu-cikgu,bukankah begitu?

1 Mei jatuh pada hari Ahad tetapi,di negeri yang saya tinggal ini,Kuala Lumpur memang bercuti pada hari Ahad.Hanya negeri Terengganu,Kelantan dan Kedah sahaja yang bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu.

Jadi,saya bersama penduduk-penduduk di negeri selain daripada penduduk negeri Terengganu,Kelantan dan Kedah,akan bercuti pada hari Sabtu,Ahad dan hari Isnin dan penduduk-penduduk di negeri Terengganu,Kelantan dan Kedah akan bercuti pada hari Jumaat,Sabtu dan Ahad.

Malaysia adalah negara Islam.Negara Islam bermakna rakyatnya majoriti beragama Islam.

Dalam Islam,hari Jumaat ialah penghulu segala hari dan hari kiamat (hari pengakhiran dunia).Kesimpulannya,hari Jumaat ialah hari paling penting bagi umat Islam.

Ustazah saya di SRA Masjid Wilayah,Ustazah Rohaiza pernah menceritakan sepatutnya seluruh negara Malaysia bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu dan bukannya terikut-ikut dengan budaya Barat.


Tetapi,bukan itu yang menjadi topik saya untuk entri kali ini.

Hari Keluarga itu diadakan pada 30 April 2011 hingga 2 Mei 2011 di hotel yang bernama Awana Kijal di Kemaman,Terengganu.

Tagline Hari Keluarga itu ialah...

¬KELUARGA PUNB KEMAH-KEMING SOKMO~

Pada pukul 10.00 pagi,saya dan keluarga saya bertolak ke hotel itu.Lebih kurang pukul 1.00 tengah hari atau 2.00 petang,kami sudah tiba di sana.Abah pergi ke kaunter untuk mendapatkan kunci bilik kami.Nombor bilik kami ialah 539.

Selepas itu,kami berehat di dalam bilik.Pada pukul 6.15 petang ,saya,adik saya,Ainul Mardhiah dan ummi (ibu saya) turun ke bawah dan pergi ke swimming pool (kolam renang).

Ummi kata,

"Mandi sehingga pukul 6.45 petang sahaja.Sambil-sambil mandi itu,perhatikan di tepi kolam renang jika ummi ada."

Tetapi kerana terlalu asyik mandi bersama Ainul dan kawan baru saya yang saya baru temui di situ,Husna,saya telah dimarahi oleh ummi sebaik saja saya pergi ke tepi kolam untuk melihat jakuzi (kolam air panas dan berbuih).

Ummi memberi amaran kepada saya jika saya berkelakuan seperti begeni lagi,ummi tidak akan...

¬PERCAYA KEPADA SAYA LAGI¬

Agak menakutkan,bukankah begitu?

Selepas itu,kami pun pulang ke bilik.Kemudian,kami (keluarga saya) segera bersiap untuk menghadiri Majlis Makan Malam Hari Keluarga yang akan diadakan di bawah.

Tema Hari Keluarga tersebut ialah:

¬A-N-E-K-A- B-A-T-I-K-¬

Mengapa tema batik?Kerana negeri Terengganu amat terkenal dengan batiknya.Ummi yang memang tinggal di Kuala Terengganu,Terengganu sebelum berhijrah ke Kuala Lumpur dan kemudian berkahwin dengan Abah,amat pakar dengan hal batik-batik sebegini.

Ummi menyediakan kain batik jarang,skaf hitam dan tudung biasa untuk menutup kepala saya,baju kurung (baju sahaja tau) yang tahun lepas punya,dan kain batik ummi yang ummi sudah tidak pakai lagi.

Kadangkala,barang-barang yang sudah tidak digunakan lagi pun agak berguna untuk sesetengah keadaan seperti keadaan saya kali ini.

Majlis itu amat meriah.Kami,perempuan-perempuan,wanita-wanita yang terlebih dahulu memilih dan memilih makanan untuk dimakan.

Well,ladies first...

Kemudian,laki-laki tak kira tua ataupun muda pula yang mengambil makanan.

Majlis itu juga diserikan lagi dengan persembahan setiap staff yang mewakili negeri masing-masing.

Persembahan itu dipersembahkan oleh setiap negeri mengikut budaya masing-masing.

Contohnya:-

a)Pulau Pinang=>Boria
b)Kelantan=>Dikir Barat
c)Dan lain-lain

Ada juga sesetengah persembahan yang tidak mengikut budaya negeri mereka.

Contohnya,Perak.Mereka membuat persembahan yang berkaitan dengan filem komedi seram terbaru,'Hantu Kak Limah Balik Rumah'.Filem tersebut menggunakan loghat Perak.Disebabkan itulah,mereka membuat persembahan yang berkaitan dengan filem tersebut.

Pada keeseokan harinya,tepat-tepat pukul 5.30 pagi sewaktu kebanyakan manusia tidak bangun daripada tidur,saya dan keluarga senyap-senyap pergi ke tempat meletak kereta dan bergegas pulang ke kampung yang bernama Kampung Seberang Baroh yang terletak di Kuala Terengganu.

Kesimpulannya,kami ini seperti fly (ponteng) aktiviti sukan Hari Keluarga tersebut yang akan diadakan pada pagi itu.Hmm...Lawak juga keluarga saya ini...Haha!^_^Saya dan ummi merungut tidak dapat bercuti di kampung selama 2 atau 3 hari.Tetapi,apa mahu buat...Abah,kalau sekali dia buat keputusan,memang muktamad.That is that!Apa nak buat,redha jelah...

Apabila tiba di kampung,apalagi saya bermain dengan sepupu2 saya dengan sepuas hati saya.Kemudian,saya pergi ke rumah mak cik saya yang terletak di Kampung Gelugor yang tidak jauh dari Kampung Seberang Baroh.

Saya merasakan seperti sudah bercuti selama 1 minggu di kampung.Mungkin ini berkat 'keredhaan' kami (saya dan ummi) kepada Allah menyebabkan kami berasa amat berpuas hati bercuti di kampung walaupun hanya satu hari sahaja.Kebiasannya,saya dan ummi merasakan walaupun selama ini bercuti di kampung selama paling sedikit 2 hari,tetapi tiada satu pun yang memuaskan hati.

Pada waktu petang,kami pun pulan ke hotel.Kami berlagak selamba seperti tiada apa yang berlaku.Kami tidur pada malamnya dan pulang ke rumah pada keesokan harinya.

Walau apapun yang berlaku,saya merasakan inilah 'Hari Keluarga' yang paling seronok yang pernah saya hadiri.


Yang Ikhlas,
Aishah Nadhirah.

No comments: